Thursday 11 October 2012

Selamat Datang Ke Johor

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Idea untuk memulakan blog ini muncul ketika persediaan untuk berpindah balik ke Johor. Terfikir pula untuk berkongsi keunikan dan keindahan negeri Johor. Bermula dari Febuari 2013, saya akan memulakan projek saya untuk menjelajah negeri Johor. Target saya ialah bermula dari Febuari 2013 sehingga December 2013, saya sudah menjelajah ke semua daerah di negeri Johor. Projek ini juga akan berjalan serentak dengan projek fotografi saya. Impian saya bukan sahaja untuk menikmati keindahan dan keunikan Johor serta memperkenalkannya dengan semua orang tetapi memperbaiki skill saya yang tidak seberapa ini dalam bidang fotografi. Projek ini saya namakan Projek Melawat Johor 2013. Jika tidak ada aral melintang blog ini akan seiring dengan akaun Facebook. Semoga semua berjalan dengan lancar. Sehingga bertemu lagi dalam post yang akan datang.